Salam semua and greetings,
First time post untuk blog baru ni. Orang lain dah lame berblog, ceq je baru nak try.
So, sempena entri pertama ni, ceq nak ajak semua imbas kembali moment first time yang kite semua pernah lalui.....jom ushar list ni :-
1) First time masuk sekolah
Ceq ingat lagi pertama kali jejakkan kaki kat sekolah rendah.Yang bawak ceq pegi sekolah mase first day tu ayah, ceq ingat lagi ayah suruh beratur kat luar kelas ikut orang lain. Main letak je ceq ni kat entah kelas mane-mane. Sebabnye kitorang lambat datang, tak sempat nak dengar taklimat. Sampai je kat sekolah murid lain dah beratur, terus je ayah suruh buat muke slumber masuk line. Mase cikgu amik kedatangan, name ceq tak tersenarai - dah jadi satu kes lain plak. Hahaha, bile ingat balik rase lawak je.
2) First time tengok wayang
Tak berape nak ingat tahun bile ceq pertama kali jejakkan diri kat panggung wayang gambar tapi yang pasti mase tu kecik lagi, maybe dalam umur 5 - 6 taun kot. Yang ceq ingat tajuk filem tu Abang 92 lakonan Azhar Sulaiman ngan sape ntah lagi. Kali ni yang bawak ialah mak ndak. Last - last aku tetido tengah cerite, sedar je orang dah berebut nak keluar (mesti mak ndak rase rugi je bawak ceq kan). Panggung yang kitorang pegi tu pun dah tak wujud lagi sekarang, dah jadi shopping mall kot.
3) First time naik keretapi
Time tu kitorang naik keretapi ramai - ramai sebab musim cuti sekolah, pak cik aku and family datang bercuti kat rumah kitorang. Tengah ronda kat KL, pak cik aku cadang kitorang try naik keretapi aka komuter sebab mase tu baru upgrade (mase ni belum ade LRT). Maka, kitorang ramai - ramai naik komuter menuju ke Klang (itu je tempat yang menarik waktu tu). Excited gile geng bebudak kecik, ye la dapat naik keretapi canggih. Alih - alih duduk tak sampai 5 minit kat stesen Klang tu, patah balik sebab takde mende pun kat situ.
Banyak lagi moment first time yang masih segar dalam kepala ceq, first time naik roller coaster, first time bawak kerete, first time gi mandi sungai, first time panjat pokok rambutan kat kampung dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Tinggal kan la komen korang pastu kongsi moment first time korang yang sampai sekarang tak boleh lupe.....
No comments:
Post a Comment