Sunday, October 14, 2012

Duct Tape Wallet

Kebelakangan ini saya sangat-sangat suka dengan craft duct tape. Dan seperti biasa sumber rujukan adalah video di youtube. Checkadout video kat bawah ni.
credit to tuan tanah tesebut JetpackCrafts

Nampaknya banyak kegunaan duct tape ni, yang juga dikenali sebagai cloth tape, bukan insulating tape. Jangan konfius dan salah anggap sebab saya dulu ingatkan insulating tape adalah sama seperti duct tape. Hakikatnya bukan sebab duct tape jauh lebih tahan dari insulating tape yang terhad kepada electrical purpose.

Setahu saya duct ni adalah ruang ventilation atau untuk asap2, maka boleh dirumuskan bahawasanya duct tape ini adalah untuk kerja-kerja berkaitan dengan ventilaton dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Jadi tak hairanlah sumber utama untuk mendapatkan duct tape adalah di kedai-kedai hardware dan kedai alat tulis. Kenapa kedai alat tulis pun ada? Sebab kekadang, duct tape atau cloth tape ini bertindak sebagai binder untuk buku.

Ada macam-macam kaler, tapi kat Malaysia tak feymes jadi susah nak dapat bekalan untuk buat wallet yang cantik. Balik-balik hitam and kelabu. Warna lain macam merah, biru, coklat susah sikit nak cari. Yang lagi susah @ rare ialah warna putih, purple, fluorescent dan corak-corak macam kat bawah ni.



Dan untuk pengetahuan tambahan, ada banyak jenis wallet sebenarnye kat dunia ni; antaranya ialah bi-foldtri-foldaccordian, purse, women's wallet etc.

 Bi-Fold Duct Tape Wallet (credit to Jennifer Robinson from PreppyRedneck)

Tri-Fold Duct Tape Wallet (credit to Jennifer Robinson from PreppyRedneck)

Coin Pouch Duct Tape Wallet (credit to Jennifer Robinson from PreppyRedneck)

Women's Duct Tape Wallet (credit to Mandi White from mandilane)

Accordion Duct Tape Wallet (credit to BDwallet)

 Clutch Duct Tape Wallet (A. Calegari from Tape Treasure)

Purse Duct Tape Wallet (Victoria from bluebamboo)

Dan sudah semestinya bukan ini sahaja. Banyak lagi design yang cool habis; hanya perlu google image sahaja. Dan kalau anda perasan, gambar yang terakhir Purse tu adalah anyaman antara dua kaler duct tape.

Makanya, sesiapa sahaja yang berminat, saya sedia menerima tempahan (",). Hanya perlu email saya di fazlinsaharudin at gmail dot com. Mudah saje. Harga boleh dirunding. Till then, chiao.

1 comment:

  1. in malaysia have? i want but it.. but where? pleaseeee... :'(

    ReplyDelete