Tuesday, December 6, 2011

Harry Potter

Kalau nak tahu saya memang la minat sangat-sangat dengan buku siri fantasy Harry Potter. Siap ade collection semue tujuh buku die. Cerite die kreatif dan tak penah org terpikir pun nak dijadikan cerite Hehe...

Jadi, sebagai salah seorang die hard fan, saya nak publish satu entri khas untuk gambar-gambar collection Harry Potter the movie.....kat sini kite semue boleh tengok transformasi Danial Radcliffe aka Harry Potter (dari kiut ke matang tapi serabut sikit), Emma Watson aka Hermione Granger (dari serabai ke gorgeous) and Rupert Grint aka Ron Weasley (dari blur ke ?) hehe




Okay, just for a bonus, ni ada movie poster untuk every film yang diorang hasilkan. (I particularly like Harry Potter and the Order of the Phoenix). Setiap movie die ade theme yang tersendiri and ceq suka The Magic Begin from the first movie.


Hehe...one of the reason I read Harry Potter was to improve my english and you know what, it did exactly that (",)


P/S : sorry gambar kecik sebab kalau upload yang besar tak nampak pulak.

Monday, November 28, 2011

Kod Bahasa Tangan Malaysia aka Sign Languange

Hmm...saya selalu kagum dengan orang-orang yang tahu baca sign languange. Dari dulu try nak belajar and hafal, tapi macam susah je nak hafal and ingat semua 27 kod bahasa tangan ni. (respect from me goes to the expert of sign language). Walaupun mereka kurang sempurna (not all) dari segi fizikal, tapi mereka dikurniakan dengan kelebihan lain macam gerak hati yang kuat (intuitive feelings = sixth sense), memory yang hebat and banyak lagi la.

And untuk pengetahuan semua, Kod Bahasa Tangan Malaysia aka KBTM ni sama dengan American Sign Languange dan American Sign Language pulak berbeza dari British Sign Languange. Tak berapa faham mengape wujudnya banyak kod bahasa tangan tapi mungkin semua negara pun nak ikut kesesuaian mereka sendiri....

ASL, bukan age/sex/live tapi American Sign Language, juga merupakan KBTM iaitu Kod Bahasa Tangan Malaysia.

Dan yang paling cool sekali video kat bawah ni....Lagu yang diterjemah kepada sign languange...cool habis


Ada banyak lagi video yang lebih kurang macam ni, just search je kat youtube. Lagu negaraku versi bahasa isyarat pun ada (credit to armbree sebab dielah yang upload video ni)

So, moral = Setiap insan itu istimewa, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada (",)

Potong Kuku = Nail Clipping

Today is Monday dan tahukah anda semua, kita sunat potong kuku hari ni. Actually, bukan hari ni je, hari Khamis and Jumaat pun sunat potong kuku. Jadi, kalau nak potong kuku dan nak dapat pahala lebih, potong la hari Isnin, Khamis atau Jumaat. Tapi, ini tak bermakna tak boleh potong kuku hari lain, just tak dapat pahala la. Jangan salah faham pulak.

And for everyone's info, potong kuku pun ada doa (tak pernah tahu pun sebelum ni, dah lebih 20 tahun hidup, sekarang baru tahu, sadis giler). Ini doanya (courtesy of Google Image = tak tahu dari web mana)


Nak potong kuku pun kena ade turutan sebenarnya (yang ni pernah tahu dan selalu diamalkan, tapi kadang-kadang pun main hentam je sebab confius? huhu). Tertib potong kuku untuk tangan dan kaki adalah seperti dalam gambar rajah di bawah. Ikut turutan nombor ye, mula dengan 1 sampai 10, kalau ada yang jari lebih (tak mustahil pun), just ikut flow die. Yang penting mula dengan kanan.

Tertib potong kuku tangan (pandangan dari atas)


Tertib potong kuku kaki (pandangan dari atas)

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal (credit to profesor Izzi Hot FM)
(",)

Thursday, November 10, 2011

Duit oh Duit (",)


Happy November everyone, baru-baru ni, masa tengah berborak-borak dengan office-mate keluar la topik pasal duit lama. Rupa-rupanya duit lama ni tersangatlah laku dan bernilai lebih daripada original value die. Contohnya, duit syiling 10 sen tahun tertentu kalau jual dekat collector boleh cecah ratusan ringgit (ni bukan double je tapi hundreble..hehehe).

And off course I did some research, dan jumpe table ni dari blog lunaticg (blog ni memang best untuk coin collector newbie, check him / her out). Table ni pasal nilai pasaran untuk duit syiling lama Malaysia.

Nilai duit lama 1 sen & 5 sen

Nilai duit lama 10 sen dan 20 sen

Nilai duit lama 50 sen

(table ni saya buat sendiri version excel, sebab tu ade watermark blog ini, tapi source from lunaticg)

Korang semua mesti tertanya-tanya yang mana satu nilai pasaran sebenar? Nak ikut UNC ke BU. Okay, diambil dari blog lunaticg, 
UNC = Uncirculated coins which are mint condition without any signs of circulation but may have traces of mint bag marks. There is no nick or abrasion. Older coins maybe tarnished or toned. 
BU = Brilliant Uncirculated which are a coin that has never been circulated, and retains all of its original mint luster. 
EF = Extremely Fine which are those with the slightest degree of wear on the highest points of the design, particularly in the hairlines of portraits and on the central figures of armorial bearings. There is light wear on close inspection details
So, kita hendaklah refer kolum UNC bile nak tahu nilai pasaran duit syiling lama yang kita ada. Yang paling mahal setakat ni adalah syiling 10 sen tahun 1971. Ada yang sanggup bayar ribuan ringgit untuk dapatkan syiling ni. Kenapa? Sebab, mengikut cerita, syiling ni hanya dihasilkan sebanyak 32236 keping sahaja dan ianya adalah antara batch terakhir yang dihasilkan di kilang luar negara (German kalau tak silap). So sebab syiling ni rare, maka die hard collector sanggup bayar ratusan dan ribuan ringgit untuk syiling ni ada dalam koleksi mereka….

Alright, tengah search pasal nilai duit lama ni terjumpa pulak artikel yang mengatakan Bank Negara Malaysia akan keluarkan the third series of Malaysian coins. Gambar kat bawah ni adalah rupa bentuk duit syiling Malaysia untuk siri ke-3.

Wajah dan rupa bentuk duit syiling siri ke-3 Malaysia


Setiap nilai syiling ada ikon tertentu:-
  • 50 sen ikon sulur kacang (digunakan oleh pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak)
  • 20 sen ikon bunga melur (bunga istimewa dalam kebudayaan tiga kaun utama Malaysia)
  • 10 sen ikon orang asli (mereka terkenal dengan seni anyaman daun dan tumbuhan)
  • 5 sen ikon Destar siga (sejenis kain tenunan kaum Kadazan Dusun)

Cantik kan? Dan untuk pengetahuan semua, syiling ni boleh didapatkan dengan harga RM10 satu set (terkejut kan?hahaha mula-mula baca artikel itu pun saya ingatkan untuk public, tapi rupa-rupanya untuk dijual…..hampeh betul) When will it be made public? That is still a mystery…
Maklumat lanjut boleh klik sini Bank Negara Malaysia 


Monday, October 31, 2011

Kim Hyun Joong & Mohd Amirulhadi Zainal

Siape tak kenal Kim Hyun Joong? Artis KPop yang digilai ramai. Aku start kenal die mase die berlakon dalam drama Boys Before Flower. Anyway bukan nak cerite pasal mamat KHJ ni, tapi nak story pasal kembar die yang lahir kat Malaysia.


What? KHJ ade kembar kat Malaysia? Hehehe....bukan kembar sebenar, tapi ade iras-iras sikit la. Dan kembar itu adalah Mohd Amirulhadi bin Zainal. Siape pulak mamat Amirul ni? Orait, bagi yang tak kenal lagi mari layan biodata die.


Dilahirkan 27 Mei 1986, Amirul adalah Kesebelasan utama pasukan bola sepak kebangsaan sebagai midfielder. Asal Melaka tapi dibesarkan di Selangor dan bila tak main untuk Harimau Malaya, Amirul main untuk Selangor. Anak kepada pemain bola sepak kebangsaan dulukala (tak tahu bile huhu), menjaringkan gol pertamanya pada 2008 masa lawan dengan Myanmar dalam Temasya Pesta Bola Merdeka 2008. Penampilan International Amirul dah banyak kali dah, tak larat nak kire. And last but not least, Amirul pakai jersi nombor 21 (",)


Okay, dah kenal kan...(sikit-sikit la, aku pun bukannye kenal sangat). Personally, I like the way he plays on the field. Ada satu aura yang lain macam sikit kat die ni. Die ni memang mirip ngan Kim Hyun Joong tu...tak caye? tengok sendiri....



 

 

Amirul on the left and Kim Hyun Joong on the right (almost similar right?)

 
Amirulhadi sedang beraksi (stylo)



Saturday, October 22, 2011

Genius versi USA & Malaysia

Kontroversi tak title tu? Hehehe....memang saje je nak bagi kontroversi. So, kali ni nak cerita pasal Child Prodigy atau dalam bahasa melayunye, kanak-kanak yang mempunyai potensi dalam satu-satu bidang melebihkan kepakaran orang yang jauh lebih dewasa darinye (terjemahan diambil dari diri sendiri huhuhu....paham tak?)

Child prodigy ni bukan cerita baru, dah lame dah sejak zaman dulu-dulu kala. Antara child prodigy yang feymes adalah Elbert Einstein (jangan cakap tak kenal pulak, saintis paling mashur tu), Ibnu Sina aka Avicenna (ilmuwan Islam dalam bidang perubatan)

Alright, while i was on the internet yesterday, terjumpa satu artikel cerita pasal seorang budak genius 12 tahun dari Amerika. Apa yang menariknya, budak yang nama Jacob Barnett ni nak buktikan kat semua orang yang teori big bang adalah salah. Kid genius ni sekarang tengah study pasal electromagnetic physics kat kolej Indiana Universiti-Purdue University Indianapolis (memang name die pelik macam tu, bukan ceq saje-saje bubuh) di Amerika la off course and profesor kat situ pun tabik spring kat die dan tak sabar-sabar nak tengok camane budak 12 tahun ni (rasenye sekarang die 13 tahun dah kot) nak buktikan Big Bang Theory tu salah.

Sebabnye, die explain kat sini (ceq tak berape nak paham...)
"There are two different types of when stars end. When the little stars die, it's just like a small poof. They just turn into a planetary nebula. But the big ones, above 1.4 solar masses, blow up in one giant explosion, a supernova. What it does, is, in larger stars there is a larger mass, and it can fuse higher elements because it's more dense. So you get all the elements, all the different materials, from those bigger stars. The little stars, they just make hydrogen and helium, and when they blow up, all the carbon that remains in them is just in the white dwarf; it never really comes off. So, um, in the big-bang theory, what they do is, there is this big explosion and there is all this temperature going off and the temperature decreases really rapidly because it's really big. The other day I calculated, they have this period where they suppose the hydrogen and helium were created, and, um, I don't care about the hydrogen and helium, but I thought, wouldn't there have to be some sort of carbon? Otherwise, the carbon would have to be coming out of the stars and hence the Earth, made mostly of carbon, we wouldn't be here. So I calculated, the time it would take to create 2 percent of the carbon in the universe, it would actually have to be several micro-seconds. Or a couple of nano-seconds, or something like that. An extremely small period of time. Like faster than a snap. That isn't gonna happen. Because of that, that means that the world would have never been created because none of the carbon would have been given 7 billion years to fuse together. We'd have to be 21 billion years old . . . and that would just screw everything up."
 Amazingly, mak die Kristine Barnett cerita masa Jake umur 3 tahun, diorang melawat Holcomb Observatory and Planetarium, Butler University ;
"We were in the crowd, just sitting, listening to this guy ask the crowd if anyone knew why the moons going around Mars were potato-shaped and not round, Jacob raised his hand and said, 'Excuse me, but what are the sizes of the moons around Mars? Then there's silence and the lecturer answered, and Jacob looked at him and said the gravity of the planet is so large that gravity (of the moon) would not be able to pull it into a round shape."
Memang amazing Jake ni. Masa umur 18 bulan, die dah boleh baca ABC forward and backward and calculate the volume of his cereal box. Tapi bile umur 2 tahun, he was diagnosed with Mildly Autistic and later was diagnosed as Asperger's Syndrome mase umur 3 tahun. (selalunye mereka yang ade penyakit autism ni adalah genius, contohnye Shah Rukh Khan dalam cerite My name is Khan, walaupun tak berape nak sempurna tapi autistic person ade ability lain yang special. Nak tau lebih lanjut mengenai Autism klik sini)

Then, umur 8 tahun die dapat masuk audit class of advanced astronomy at IUPUI (kelas audit je, mase tu die belajar kat high school) Nak dijadikan cerite die bosan duduk belajar kat high school, jadi die belajar sendiri subjek algebra, trigonometry, geometry dengan calculus high school level dalam masa 2 minggu je. Akhirnya, Jake yang IQ 170 ni dapat early college entry exam yang mana die lulus dengan cemerlang.

Jadi sekarang die study kat IUPUI, ade beberape kelas je dalam seminggu, dan mak die yang akan hantar dan jemput die gi University.
 
Inilah die Jacob Barnett the genius (sampai tulis kat tingkap....)
 
Okay, itu child prodigy dari USA. Malaysia pun ade ramai child prodigy jugak, yang paling baru agaknye Adi Putra Abd Ghani. Lahir 27 Januari 1999 (sekarang umur 12 tahun = lebih kurang sama dengan Jake). Adi Putra ni asal dari Bagan Serai, Perak. Awal-awal dulu (masa tahun 2006 kot), die selalu cakap die nak cipta satelit bumi dan angkasa untuk negara-negara Islam only dengan menggunakan password Al-Quran (nice one right)

Budak genius Malaysia ni mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 – 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua – punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak dalam masa hanya beberapa saat. Kalau soalan yang susah sikit (tak boleh nak congak) Adi perlu dalam masa seminit, yang lagi susah (soalan tahap universiti) Adi dengan selambe jawab dalam masa kurang 5 minit. Tapi biase la, tak semestinye yang die jawab tu betul sebab tak semua orang sempurna kan (kes biase la ni)

Ayah Adi cerita, die start tahu yang Adi ni genius mase anak bongsu die umur 4 tahun bile Adi dapat selesaikan soalan Matematik abang die yang darjah 2 padahal ayah die tak pernah ajar pun (amazing kan?). Mak Adi pulak cerita, mase die mengandung dulu die teringin sangat nak namakan anak die Adi Putra. Check punya check, Adi Putra ni sebenarnye nama Tok Guru Silat Hang Tuah (Hmm...ade darah pahlawan hehehe)

Adi Putra ni ade jugak perangani pelik die (bukan pelik sangat pun) yang hanya akan tidur lepas pukul 4 pagi. So antara pukul 12 sampai 4 pagi tu, Adi akan cuba selesaikan masalah matematik yang ayah dia bagi.
Masa Adi Putra umur 6 tahun, die ada karang satu sajak - Akulah Adi Putra. Nak baca, dengar dan lihat sajak tu boleh klik di sini.
Adi Putra sekarang ni tengah belajar A-Level (rasenye kat UniSel), ade syarikat sendiri yang jual pelbagai jenis ubat dan kadang-kadang jadi lecturer jemputan (motivasi la selalunye). Die pun dah ade website rasmi iaitu http://www.adiputra.com.my/

 Adi Putra - Genius Malaysia

Last but not least, thanks to this website di bawah
1. http://www.parentdish.com/
2. http://www.indystar.com
3. http://www.theblaze.com
4. http://otaionline.com
Sekian, terima kasih (",)
Selamat berhari minggu.

Wednesday, October 19, 2011

Maharaja Lawak MEGA

Anyway, ada berita best nak disampaikan and that is MAHARAJA LAWAK MEGA akan bersiaran bermula 28 Oktober 2011, dimana lagi kalau bukan Astro Warna.

Seramai 47 orang pelawak profesional (ramai giler kan...) dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia (off course yang ramai sekali pelawak Malaysia la, pelawak Singapure and Indonesia berape kerat la sangat) akan bertanding setiap minggu di Gelanggang dimana peserta dengan undian terendah akan disingkirkan. Tapi kalau judges rase persembahan peserta untuk minggu tersebut best atau judges rase peserta tersebut tak layak disingkirkan, maka immuniti akan diberikan dan undian tidak akan diambil kire (Hmm...maksudnye judges ade kuase veto, penonton yang banyak habiskan duit, tapi judges yang bagi keputusan - not fair but I Like). Macamana pun format die tetap same iaitu 70% juri profesional dan 30% undian penonton.

Alright, enough membebel, kite tengok senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2011 nie......

  1. Pimai = Sathiya, Imuda, Mat Over (tak berape kenal Mat Over ni sape, rasenye geng pimai pimai tangtu)
  2. Hiro = Hamdan, Ilya, Ropie Cecupak (senario and cecupak reunion, at least sebahagian ahli huhu)
  3. Boboi = Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik (Macam pelik combinationnye but mesti gempak)
  4. Anje = Achong Sweet Child, Joey Daud (achong lawak, joey pun lawak, gabung due2 jadi ape ye?)
  5. Osbon = Mr Os, Abon (otai lawak ni, harap tak mengecewakan)
  6. BP-Bawal Power = Bob Kuman, Sobri (Sobri ni yang mane ye? hmmm...)
  7. Rap = Aziz Kota, Pak Lah Cecupak, Rama Jangan Ketawa (kumpulan underdog sebab ramai tak kenal name diorang tapi bile tengok muke "oooo die ni")
  8. Comel = Radhi Khalid, Bell Ngasri (comel ke tak, kite tengok je la....)
  9. 3G = Yassin, Didie Alias, Enot (agaknye camane die dapat nama kumpulan 3G, G tu stand for what?)
  10. Gebu = Hani, Azian (group dari Singapura agaknye, never heard of them ???)
  11. Syok = Suhaimi, Arif Sudin, Ifa Raziah (ini ape? 1Maharaja Lawak? sebab from different country, Ifa Raziah Malaysia, Arif Sudin, Suhaimi Singapura)
  12. Lanun = Jegan, Elyas, Salman Al-Farisi (ganas tak name diorang? lawak pun kene ganas la ye)
  13. Bawel = Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas (pelawak dari Indonesia?camane orang seberang punye lawak ye?)
  14. Saehu = Eko, Bocil, Vicha (name diorang ni macam pelik, macam bukan orang Indonesia?)
  15. Caer = Adetao, Mister Ibo, Lugiana (another group from Indonesia)
  16. Adlin Aman Ramli (berani giler solo kan? genius cam die memang berani)
  17. Jalil Hamid (One more otai yang berani tampil solo - cayala)
Okay, let me know sape feveret korang.... Mine = secret aka tak tahu lagi (hahaha poyo)
Lastly, jom chekadout video yang saya sempat search (credit to aftalentaesb)